Titah baginda, masalah sosial yang dikaitkan dengan pelajar merupakan satu ‘cerminan diri’ terhadap apa-apa yang terjadi dan dilalui oleh para pelajar dan warga sekolah serta peranan masyarakat di sekitarnya.

Tambah baginda lagi, dewasa ini, kita sering diperdengarkan dengan pelbagai isu sosial dalam masyarakat yang membabitkan golongan remaja dan ianya menjadi satu bentuk kebimbingan yang serius kepada ibu bapa dan semua.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat menyempurnakan pelancaran kempen ‘Op Sifar Cicir Sekolah peringkat SK Datuk Ahmad Musa dan SK Sungai Berembang’ yang diadakan di Masjid Darul Salam Padang Keria, Sanglang, Simpang Empat pada petang semalam.

Keberangkatan tiba baginda ke program yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perlis bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Bahagian Pembangunan Wakaf Dan Hartanah Mal (MAIPs), Mohd Nazri Md Rejab.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Izmi Ismail.

Di majlis yang sama seramai 151 orang pelajar terpilih dari kalangan keluarga asnaf masing-masing menerima sumbangan agihan zakat berjumlah RM600 berjumlah penuh RM90,000 daripada pihak MAIPs.