Pemangku Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Azman Adnan berkata, antaranya untuk memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pendidikan abad ke-21 serta membina karektor murid.

Katanya, kerajaan negeri turut menyumbang RM1 juta pada tahun ini untuk kerja-kerja penyelenggaraan, ubah suai dan naik taraf sekolah-sekolah di seluruh negeri.

“Atas keprihatinan terhadap bidang pendidikam juga kerajaan negeri menyumbang RM180,000 untuk sambutan hari guru pada tahun ini di seluruh negeri.

“Begitu juga kerajaan negeri menyumbang RM200,000 untuk pengelolaan kejohanan olahraga pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor 2019 di Dewan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kempas, di sini sebentar tadi.

Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal merasmikan sambutan tersebut. - UTUSAN ONLINE