Prof. Ir.Dr. R. Badlishah Ahmad mengambil alih amanah sebagai Naib Canselor ke-3 UniMAP berkuat kuasa mulai 15 Mei 2019 hingga 14 Mei 2022 daripada Datuk Prof.Dr. Zul Azhar Zahid Jamal (1 Mei 2016 sehingga 14 Mei 2019).

rmps-vc-1
 

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga merangkap Tuanku Pro Canselor UniMAP.

Turut hadir ialah isteri Prof Badlishah, Fatimah Danial dan Pendaftar universiti, Mohd Saad Din.

Baginda yang juga merangkap Tuanku Canselor universiti dalam mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau berharap Badlishah dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna dan penuh jujur serta berintegriti dalam pentadbiran demi agama, bangsa dan Negara serta menjadikan perlantikan ini sebagai satu permulaan yang baik dalam memastikan UniMAP terus menerus cemerlang dan menjadi yang terhebat.

Secara spesifik Tuanku Syed Faizuddin Putra mahu beliau mengutamakan perbelanjaan berhemah tanpa mengabaikan aspek pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya melihat UniMAP memperkasakan bidang Kejuruteraan Teknologi selaras dengan Revolusi Industri 4.0, melipatgandakan usaha dalam aspek ‘Publication’ dan ‘Scopus’, merancakkan konsep `endowmen' dan waqaf melalui rakan strategik industri dan jaringan sedia ada serta mempelbagaikan produk penyelidikan untuk manfaat masyarakat sejagat selaras dengan era ‘Society 5.0’ dan juga bersedia menghadapi peluang-peluang era ‘Space 4.0’.

Untuk rekod, sebelum dipinjamkan kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dalam tahun 2017, Prof Badlishah merupakan pensyarah di UniMAP dan pernah dilantik sebagai Dekan Komputer dan Perhubungan sebelum bertukar jawatan sebagai Dekan Pusat Pengajian Siswazah universiti.