Pengerusi Angkatan Mahasiswa UM, Muhammad Ahnaf Mohd. Yunus, 23, berkata, yuran itu dipotong serentak yuran pe­ngajian dan penginapan kolej para pelajar pada ming­gu ketiga semester tahun ini iaitu Februari lalu.

Tegas pelajar tahun empat di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan itu, pelajar kemudian dipaksa hadiri majlis makan malam itu yang lazimnya diadakan di hotel bertaraf lima bintang sekitar ban­dar raya ini.

“Apabila pe­la­jar memohon wang itu di­kem­balikan, pi­hak pentadbiran mengugut mereka tidak dapat kolej kediaman pada semester depan. Adilkah berbuat demikian?

“Ada pelajar nak makan pun tiada duit, pihak pentadbiran kolej tanpa perikemanusiaan memaksa bayar RM120 makan malam di hotel,” katanya.

Terdahulu, Muhammad Ahnaf bersama 10 wakil setiap kolej kediaman di UM berhimpun di hadapan Bangunan Canselori UM bagi menyerahkan memorandum bantahan yuran makan malam kepada Naib Canselor UM, Datuk Dr. Ir. Abdul Rahim Hashim. Ia diterima oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Ir. Abdul Aziz Abdul Rahman.

Turut serta, Presiden Persatuan Pemuda Baharu UM, Wong Yan Ke.