uitm-itrifaf-2
Dr. Digby Whyte bersama dekan FSPU dan Ketua Pusat Pengajian.

Surat pengiktirafan badan antarabangsa itu yang disampaikan kepada Ketua Pusat Pengajian Pengurusan Taman dan Ameniti, Dr. Ahmad Nazrin Aris Anuar. 


“Pencapaian ini menunjukkan pusat pengajian yang ditubuhkan pada 2001 melangkah ke satu tahap yang membanggakan. Pengiktirafan antarabangsa ini juga menunjukkan pusat pengajian menawarkan program yang cekap dalam memenuhi pasaran tempatan dan antarabangsa” katanya di sini baru-baru ini. 

Terdahulu, wakil WPA telah hadir ke Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur (FSPU), UiTM dari 25 hingga 27 November 2018, untuk menilai program tersebut.

Hasil daripada sesi penilaian tersebut, WPA mendapati program menepati piawaian yang telah ditetapkan dan layak untuk diiktiraf.

Sebagai nilai tambah, graduan program ini juga akan menerima Certificate of Park Professional (CPP) yang dikeluarkan oleh WPA.

uitm-itiraf
Perbincangan pensyarah Pusat Pengajian bersama Timbalan Pengerusi World Parks Academy (WPA), Dr Digby Whyte. Foto/Norajlin  Jaini