ZAMBRI MOHD. ISA

Pengerusi Keilmuan Nasional, Zambri Mohd. Isa berkata, ini kerana pihaknya bimbang mengenai status serta kelayakan keanggotaan PPKPI yang akan mencerminkan laporan kajian tersebut.

Menurutnya lagi, pihaknya juga berpandangan adalah tidak wajar apabila kementerian membenarkan orang bukan Islam mengemukakan cadangan mengenai penambahbaikan bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.

“Keilmuan Naisonal berpandangan adalah tidak wajar membenarkan mereka yang bukan beragama Islam memberi cadangan untuk bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.

“Ini kerana hal ehwal berkaitan agama Islam sewajarnya diurus dan ditadbir oleh orang Islam itu sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya lagi, pihaknya juga mendesak agar kementerian menggantung PPKPI buat sementara waktu sehingga diperjelaskan objektif, kaedah perlaksanaan serta keanggotaannya.

“Keilmuan Nasional juga memberi amaran kepada pihak kementerian agar lebih sensitif dan berhati-hati terutama terhadap perkara yang melibatkan hal ehwal agama dan orang Islam,” katanya lagi. - UTUSAN ONLINE