Pelajar semester dua kursus kokurikulum Pengucapan Awam bahasa Inggeris (HPD111) tersebut turun padang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pedas membantu seramai 75 pelajar terdiri dalam kalangan tingkatan satu, dua dan tiga.

Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) merangkap penasihat program, Muhammad Azril Izuan Ramlan berkata, program tersebut merupakan satu usaha pihak UiTM Rembau dalam memberi sumbangan ilmiah kepada masyarakat setempat terutamanya yang berada dalam kawasan daerah ini.

“Penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan belia haruslah dipupuk dan dibentuk semasa di bangku sekolah lagi.

“SMK Pedas merupakan lokasi kedua dalam siri jelajah The Speakables dan kami amat gembira dengan sambutan yang diterima daripada pihak sekolah terutamanya para pelajar,” ujarnya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Yang turut hadir, Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (Bahasa Inggeris) Pejabat Pendidikan Daerah Rembau, Rahmawati Othman dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Akademik SMK Pedas, Nomi Anoh.

Menurut Rahmawati, pihanya menyambut baik inisiatif yang diambil oleh pihak UiTM Rembau dalam membantu sekolah-sekolah di daerah itu.

“Program-program seperti ini haruslah diperbanyakkan pada masa hadapan terutamanya dengan usahasama institusi pengajian tinggi bagi membantu para pelajar dalam kemahiran berucap dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Modul dalam program itu direka dengan menerapkan elemen keseronokan dalam berbahasa Inggeris.

Antara modul yang dijalankan bagi memenuhi program ini termasuklah charade, treasure words, spelling bee, riddle, guess the movie, word search dan role play. - UTUSAN ONLINE