MPP dalam satu kenyataan berkata, langkah itu bagi mengelak timbulnya provokasi antara mana-mana pihak bagi menjaga nama baik universiti.

"Setelah perbincangan dibuat, pihak MPP sebulat suara bersetuju untuk

menyelidik dengan lebih terperinci mengenai isu ini kerana kami sendiri belum mendapat maklumat yang sahih dan jelas mengenainya.

"Bagaimanapun, kita sentiasa terbuka dan menerima sebarang pendapat dan idea daripada pelajar demi kemaslahatan Unisza," katanya di sini.

MPP memberitahu, walaupun idea penggabungan itu telah diterima oleh jemaah Menteri, tetapi pelaksanaannya bukan bersifat serta merta kerana pelbagai aspek perlu dititik beratkan di samping penyediaan kerangka oleh jawatankuasa khas yang bakal ditubuhkan.

Badan itu turut memberi jaminan akan

mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dari semasa ke semasa serta menyampaikan suara dan hasrat pelajar terus kepada pihak berkaitan sepanjang tempoh pembentukan jawatankuasa khas yang dikatakan mengambil masa enam bulan.

Dalam pada itu, MPP percaya penggabungan Unisza dan UMT mempunyai pro dan kontra di samping kebaikan serta manfaat.

"Meskipun begitu jangan pernah kita abaikan kesan sampingannya dan

jika kesan ini lebih mudarat, maka idea penggabungan dua universiti awam ini perlu kita perhalusi sebelum sebarang keputusan akhir dibuat," katanya. - UTUSAN ONLINE