Dua sekolah dalam kategori Maahad Kawalan tersebut memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) 1.00 selain mencapai kelulusan 100 peratus.

Sebuah lagi Maahad kawalan iaitu Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas, di sini turut cemerlang apabila mencapai GPS 1.03 dan kelulusan 100 peratus.

AZHAR SALLEH (kanan) menyampaikan slip keputusan sijil SMU 2018 kepada salah seorang pelajar cemerla

AZHAR SALLEH (kanan) menyampaikan slip keputusan sijil SMU 2018 kepada salah seorang pelajar cemerlang sambil diperhatikan Che Kamaruddin Kamel Che Mohammad (kiri) di Dewan YIK, Nilam Puri, Kota Bharu hari ini. – UTUSAN ONLINE/ ZAAIN ZIN

Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Azhar Salleh, keputusan SMU 2018 menyaksikan seramai 5,789 atau 92.98 peratus daripada 6,226 calon memperoleh sekurang-kurangnya pangkat Maqbul (Lulus).

Katanya, keputusan itu menunjukkan peningkatan pencapaian sebanyak 1.71 peratus berbanding peperiksaan SMU 2017.

“Seramai 2,806 calon memperoleh pangkat Mumtaz (Cemerlang) dalam kesemua 10 mata pelajaran diduduki, berbanding hanya 2,408 calon pada tahun sebelum ini.
 
“Calon memperoleh Jayyid Jiddan atau Amat Baik pula adalah seramai 1,479 orang, Jayyid atau Baik 1,150 orang dan Maqbul atau Lulus 336 orang,” katanya ketika mengumumkan keputusan tersebut di Dewan YIK, Nilam Puri, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah (Akademik) YIK, Mohd. Zaki Deraman dan Timbalan Pengarah (Sekolah) YIK, Che Kamaruddin Kamel Che Mohammad.

Azhar berkata, bagi Sijil Tinggi Ugama Pondok (STUP) 2018 yang turut diumumkan hari ini, seramai 41 calon atau 83.67 peratus daripada pelajar yang mendudukinya lulus dalam peperiksaan itu, berbanding hanya 81.82 peratus calon lulus pada 2017. - UTUSAN ONLINE