Antara anugerah diterima termasuk Juara dalam pertandingan Colourguard peringkat NATCOMP selain anugerah colourguard terbaik, brass & winds terbaik, percussion terbaik, drum major terbaik dan konduktor terbaik.

Naib Juara pada pertandingan itu jatuh kepada pesaing terdekat KSAH iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepong, Kuala Lumpur.

Pada malam itu juga, Muhammad Izzat Naim Rosli dari KSAH turut menerima anugerah khas Tokoh Kepimpinan Pelajar.

NAIB JUARA dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong, Kuala Lumpur turut mempamerkan persembahan mena

NAIB JUARA dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong, Kuala Lumpur  turut mempamerkan persembahan menarik pada Pertandingan Pancaragam Peringkat Kebangsaan( NATCOMP) 2019  di Stadium Sultan Abdul Halim Shah, Alor Setar, Kedah  malam tadi. - UTUSAN ONLINE

Sementara itu dalam Pertandingan Pancaragam Peringkat Antarabangsa (MWBC) 2019 pula, KSAH diumum sebagai Naib Juara selepas Pasukan Pancaragam Kor Kadet Victoria Institution ( VICCB) yang menepati ramalan menggondol anugerah Juara Keseluruhan manakala SMK Kepong di tempat ketiga.

Lebih bermakna, di peringkat MWBC, KSAH turut menerima anugerah Drum Major Terbaik dan Konduktor Terbaik.

Sementara itu pada pertandingan Drum Battle Johan peringkat NATCOMP 2019 diungguli Penang Free Scholl Drumline, Pulau Pinang, Naib Juara pasukan AMB Heartbeat, dari Sekolah Menengah Ajil, Terengganu dan tempat ketiga dikongsi KSAH dan TepCES Rhymers, dari SMK Chukai, Terengganu.

Manakala di peringkat MWBC , juara berpihak kepada Voice of Percussion, Kuala Lumpur dan Naib Juara Penang Free School Drumline, Pulau Pinang.

Bagi kategori sekolah rendah pula menyaksikan Sekolah Rendah (SR) Seri Ampang muncul Johan, Naib Johan, SK Bandar Laguna Merbok dan tempat ketiga SK Bandar Puteri Jaya.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Exco Pendidikan Kedah, Dr Salmee Said.

Yang turut hadir Pemegang Amanah Yayasan Industri Kreatif Kebangsaan, Datuk Zulkifli Ishak, dan Presiden Persatuan Pancaragam Malaysia Profesor Dr. Shahanum Md. Shah. - UTUSAN ONLINE