Bukan sahaja kesemua 177 pelajarnya berjaya lulus, 92 daripada mereka berjaya memperoleh semua A (15 mata) termasuk 21 mendapat 3A Star.

Bahagian Komunikasi Korporat Mara dalam kenyataan berkata, 62 daripada 177 pelajar KMS mengikuti bidang Sains Ikhtisas manakala 115 lagi mengikuti bidang Kejuruteraan.

“Rekod pencapaian ini melayakkan ramai lepasan KMS mendapat tempat di universiti terkemuka dunia terutamanya di United Kingdom (UK).

“Bagi meraikan kejayaan pelajar dalam peperiksaan pada tahun ini, KMS bakal mengadakan Majlis Graduasi 2019 pada 29 Ogos 2019 di Casa Lagenda Convention Centre, Seremban, Negeri Sembilan,” katanya. - UTUSAN ONLINE