Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, langkah tersebut merupakan suatu pembaharuan yang sudah lama dinantikan serta perkara positif dan satu bentuk motivasi kepada pelatih.

"Elaun sebelum ini memang agak rendah dengan kos sara hidup semasa yang semakin meningkat, jadi pertambahan elaun ini merupakan satu langkah yang dapat meringankan beban pelatih.

"Diharap dengan peningkatan elaun ini akan memberi lebih galakan dan motivasi kepada mereka untuk bekerja dengan lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2018 Anjuran Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor (JMMNJ) di Dewan Pusat Produktiviti Malaysia (MPC), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden JMMNJ, Maidin Hussen.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan peningkatan elaun tersebut akan mula berkuat kuasa pada 1 September ini.

Sementara itu, dalam majlis berkenaan, seramai 57 murid dan pelajar cemerlang daripada masyarakat Malabar negeri ini diraikan atas kejayaan dicapai mereka dalam kalendar akademik 2018. - UTUSAN ONLINE