Siri pertama yang bermula 1 Di­sember ini hingga 15 Februari 2017 turut menawarkan hadiah RM5,000 untuk tempat kedua, RM3,000 (ketiga) dan 10 hadiah sagu hati masing-masing bernilai RM1,000.

Mulvec secara keseluruhan menawarkan hadiah tunai terkumpul RM84,000.

Sebanyak lima tema ditetapkan dalam setiap siri dan setiap karya penyertaan perlu dihasilkan selari dengan tema tersebut.

Mulvec anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dan Utusan Online dirasmikan oleh Menteri­nya, Datuk Seri Idris Jusoh di Universiti Sunway di sini hari ini.

Terdahulu Idris menghadiri program Soaring Upwards: Lets Talk Higher Education.


Video oleh AZMAN AHMAD

Yang turut hadir Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah dan Pengarah Eksekutif Utusan Media Sales, Mohd. Yazid Ahmad.

Idris berkata, Mulvec penting kerana rakyat Malaysia ada yang suka membaca dan ada yang suka menonton video.

“Kami mengambil keputusan mengadakan pertandingan ini bersama Utusan Malaysia untuk menceritakan kejayaan dan aktiviti kementerian kepada rakyat.

“Pelbagai program dijalankan oleh kementerian dan dengan pertandingan ini diharap mampu memberi kefahaman yang mendalam kepada semua,” katanya.

Idris berkata, hadiah yang ditawarkan cukup lumayan dan diharap mahasiswa merebut peluang menyertai pertandingan ini.

Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh diperolehi mela­lui laman web Utusan Online di www.utusan.com.my.