Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Usahawan Muda cipta rekod negara

ISHAK MUHAMMAD (empat dari kiri) bersama  usahawan muda selepas
ISHAK MUHAMMAD (empat dari kiri) bersama usahawan muda selepas menandatangani Sijil Malaysia Book of Records di Dewan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan, Pahang, semalam.

KUANTAN 18 Julai – Program Perhimpunan Usahawan Muda anjuran Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) di sini hari ini diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai penyertaan usahawan muda paling ramai berjaya dikumpul.

Program yang dianjurkan de­ngan kerjasama PKT Logistics Groups Sdn. Bhd., Feruni Cera­miche Sdn. Bhd. dan Pusat Keusahawanan Politeknik Malaysia (MPEC) itu berjaya mengumpulkan seramai 844 usahawan muda daripada 28 politeknik dan 19 Kolej Komuniti seluruh negara.

Pengarah Polisas, Norlida Abd. Razak berkata, program bertujuan membangunkan rancangan keusahawanan para mahasiswa yang lebih berdaya saing dalam mengumpul dana untuk disalurkan kepada badan kebajikan terpilih bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Program keusahawanan muda ini menggabungkan tiga konsep utama iaitu keusahawanan, keusahawanan sosial dan tanggungjawab sosial kepada komuniti.

“Program berbentuk pertan­dingan ini memerlukan daya pemikiran yang kreatif dan inovatif daripada mahasiswa dalam menghasilkan keuntungan maksimum,” katanya ketika ditemui dalam program tersebut.

Yang hadir sama, Ketua Pegawai Operasi MBOR, Cristopher Wong.

Sijil MBOR berkenaan ditandatangani oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Ishak Muhammad.

Menurut Norlida, program tersebut diadili berdasarkan kreativiti dalam membangunkan pelan perniagaan dan agihan keuntungan kepada badan kebajikan yang terpilih serta nilai tambah kepada mahasiswa.

Katanya, sebanyak 47 kumpulan menyertai sesi pembentangan projek keusahawanan dan hanya 20 kumpulan dipilih untuk meneruskan cabaran ke peringkat seterusnya manakala 10 kumpulan terbaik pula menerima suntikan dana sebanyak RM1,000.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain