Dengan kemenangan itu, pasukan UPM A berjaya membawa pulang piala iringan, wang tunai RM1,500 dan pingat. Hadiah disampaikan Ketua Penolong Setiausaha, Seksyen Penyelaras Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Tony Azman Hassan.

Pasukan UPM B pula, muncul naib juara dan menerima piala iringan dan wang tunai RM1,000.

Ketua pasukan UPM A, Zulkiflee Azmi berkata pasukan itu turut menjuarai pertandingan itu pada tahun lalu yang diadakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) .

“Perancangan seterusnya kami akan fokus untuk perlawanan di Jakarta pada bulan Mei ini dan MASUM 15’s yang akan diadakan pada Julai ini. Kami juga akan mempertingkatkan latihan dari segi kecergasan dan pertahanan,” katanya.

Dalam masa sama, beliau yakin sukan ragbi di Malaysia mampu pergi jauh dan berharap akan dikembangkan di peringkat sekolah untuk pencarian bakat baharu dalam sukan itu.

“Saya percaya sukan ragbi akan menjadi antara sukan popular di negara ini dan dapat direalisasikan dengan adanya pendedahan untuk mempelajari sukan ini,” katanya.

Pasukan UPM A dilatih oleh Khairizal Ali Amat dan Shah Iran Sahar. Para pemain terdiri daripada Nazuridin Abd Latiff; Mohamad Syarif Saiful Azwan; Wan Izzuddin, Mohamad Aliff Al-Hafiz; Nik Mohd Shahiddan Mohd Zain; Ahmad Syukor Iqbal Ab Raman; Muhammad Nazreen Fitri Nasrudin; Muhammad Shafiq Mohd Zaiki; Muhammad Ameer Nasrun Zulkefli; Mohd Nur Ikqwan Nordin dan Aliff Sazrie Azmi. – MAJIDAH MOHAMED

Senarai penuh pemenang

Johan Cup: UPM A

Naib Johan Cup; UPM B

Ketiga Cup; UiTM A

Keempat Cup; UTM

Johan Plate; IIUM A

Johan Bowl; UniKL MIAT

Johan Shield; UM A