Program tersebut menjadikan institusi pengajian tinggi awam itu setakat ini menjalinkan kerjasama dengan 21 buah syarikat di Melaka dan beberapa buah negeri bagi memudahkan pelajarnya menjalani latihan industri.

Enam industri terlibat adalah Koperasi Bela Masyarakat Melaka (Kobemas); Jabatan Mufti Negeri Melaka; Persatuan Homestay negeri Melaka; Jabatan Ukur dan Pemetaan negeri; syarikat Auto Count Sdn. Bhd. dan syarikat IT Services Sdn. Bhd. dari Selangor.

Majlis menandatangani sijil kerjasama tersebut dihadiri Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Perhubungan Industri PMM.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Roslan Ibrahim yang merupakan Pengerusi Kobemas, Mufti Kerajaan negeri, Datuk Abdul Halim Tawil dan Pengarah PMM, Rashidah Mustapa. - UTUSAN ONLINE