Menurut UMK Centre for External Education (UMKCEE) Kampus Kota Bharu, seminar anjuran pihaknya itu akan diadakan pada pukul 9 hingga 11 pagi bertempat di Hotel Crown Garden, di sini dan tiada sebarang bayaran dikenakan kepada para peserta.

"Tujuan UMKCEE ditubuhkan oleh UMK adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai yang sudah bekerjaya melanjutkan pelajaran secara separuh masa di universiti ini.

"Seminar ini terbuka kepada orang ramai dan tiket masuk adalah percuma. Peserta yang berminat perlu mendaftar bagi membolehkan kami menempah tempat duduk dan menyediakan makanan dan minuman," katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Menurut kenyataan itu lagi, antara program Sarjana Muda dengan Mod Pengajian Separuh Masa yang ditawarkan UMK ialah Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan) dengan Kepujian serta Sarjana Muda Keusahawanan (Logistik & Perniagaan Pengedaran) dengan Kepujian.

Turut ditawarkan Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan) dengan Kepujian serta Sarjana Muda Keusahawanan (Pelancongan) dengan Kepujian.

"Tempoh pengajian disyarakatkan ialah minimum 4 tahun setengah dengan kelas pada hari Khamis (selepas waktu kerja) dan Jumaat," katanya.

Sebarang maklumat lanjut termasuk tempahan tempat duduk dan pendaftaran, sila hubungi Puan Tan Jern Ai di talian 016-9600222; En. Anazim (016-2646363); Cik Musliza (014-8122402) En. Wandy (012-3084111) atau En. Michael (012-9830166). - UTUSAN ONLINE