Kaunselor Pendidikannya, Hi­shamsudin Mohamad berkata, pihaknya akan membantu para pelajar yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah untuk mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran di peringkat program asasi.

“Kebanyakan pelajar kami daripada keluarga berpendapatan rendah dan ibubapa mereka tidak mampu menyimpan wang untuk pendidikan anak-anak tetapi keputusan akademik pelajar terlibat amat memberangsangkan.

“Oleh kerana persaingan akademik sangat banyak, ramai pelajar yang mempunyai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 6A ke atas tidak mendapat tempat di institusi pengajian tinggi. Jadi, biasiswa ini dapat membantu mereka untuk meneruskan pe­ngajian di kolej kami,” katanya yang ditemui dalam Hari Terbuka Biasiswa Utusan Malaysia-YPC, di sini hari ini.

Tambah Hishamsudin, biasiswa itu akan diberikan kepada pelajar yang mendaftar untuk program asasi sahaja dan pihaknya akan membayar yuran program itu.

“Jadi, pelajar hanya perlu membayar yuran pendaftaran dan yuran peperiksaan, namun biasiswa ini hanya untuk warga­negara sahaja,” katanya.

Hari terbuka tersebut yang diadakan di Dewan Besar Utusan Melayu (M) Bhd. di Jalan Utusan, Off Jalan Chan Sow Lin berlangsung selama empat hari bermula semalam dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.