Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM Kampus Khazanah Alam Jengka, Prof Madya Dr. Halil Paino berkata, daripada jumlah itu, 595 orang merupakan mahasiswa dan 806 orang adalah mahasiswi.

“Pengambilan kali ini adalah untuk semester interim dan diadakan secara dua sesi iaitu pengambilan bulan Jun dan Julai untuk sesi pertama. Pengambilan sesi dua akan diadakan pada Disember hingga Januari tahun depan.

“Semester interim adalah semester perkuliahan sebelum minggu kuliah pada sesi pengajian biasa bermula pada bulan September selama tujuh minggu di mana penuntut perlu mendaftar kursus universiti terlebih dahulu.

“Subjek wajib ialah bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan kokurikulum dan boleh mendaftar kursus-kursus lain sama ada di dalam atau luar pelan pengajian penuntut yang berkredit atau tidak berkredit,” katanya kepada Utusan Malaysia sempena program Bicara Tokoh di sini hari ini.

Program tersebut menampilkan Pengerusi Jawatankuasa Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Mutimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin yang berkongsi pengalaman dan memberikan nasihat kepada penuntut baharu di universiti itu.

Halil berkata, minggu interim dilaksananakan sebagai pende­katan bersepadu untuk mening­katkan penguasaan bahasa Ing­geris dan mengukuhkan kemahiran insaniah penuntut universiti awam berkenaan.

“Selama seminggu mahasiswa dan mahasiswi akan menghadiri program minggu Destini siswa yang bertujuan memberi penerangan berkenaan dengan UiTM Cawangan Pahang Kampus Khazanah Alam Jengka yang seluas 400 hektar yang terbesar di negara ini,” katanya.