Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nanas,Yeo Tung Siong berkata, semua calon terlibat yang berada di sekolah itu sejak semalam dibekalkan penutup mulut dan hidung.

"Bacaan indeks pencemaran udara (IPU) setakat pukul 9 pagi tadi mencatatkan 190 di SK Parit Selangor," katanya ditemui pemberita selepas meninjau perjalanan UPSR di sekolah berkenaan, sebentar tadi.

Yang turut hadir Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pontian, Zaidi Ahmad, Penolong Pegawai Pendidikan Penilaian dan Peperiksaan, Mahadi Mat dan Guru Besar SK Kampung Sawah, Mohd. Khairuddin Saadon.

Tung Siong berkata, pihaknya mengedarkan 7,000 penutup mulut dan hidung untuk sekolah-sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pekan Nanas pada hari ini.

Pada masa yang sama, beliau meminta semua pihak tidak melakukan pembakaran terbuka dalam keadaan cuaca kering dan jerebu pada masa sekarang agar tidak memburuukkan lagi keadaan sedia ada.

Sementara itu, Mohd. Khairuddin berkata pihak sekolah menyediakan bilik kuarantin bagi menghadapi sebarang kejadian seperti calon sakit terutama ketika jerebu.

Menurut beliau, kedudukan SK Kampung Sawah dan SK Parit Selangor dalam jarak 3 kilometer dengan laluan alternatif kampung memudahkan ibu bapa menghantar anak mereka ke SK Kampung Sawah untuk menduduki UPSR semalam dan hari ini.

"Calon peperiksaan UPSR di SK Kampung Sawah adalah seramai 55 orang manakala SK Parit Selangor 14 orang, peperiksaan berjalan lancar pada hari semalam dan hari ini," jelas beliau. - UTUSAN ONLINE