Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, peserta yang merupakan warga GiatMara dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) akan berentap bersama 63 negara lain menerusi 56 bidang kemahiran yang dipertandingkan.

“Diantara 20 peserta negara yang bakal menyertai WSC 2019, GiatMara dan UniKL merupakan antara institusi TVET berjaya menempatkan lima pelajar beserta empat tenaga pengajar dalam kejohanan berprestij kali ke-45 itu.

“Secara tidak langsung ini membuktikan program pengajian di institusi TVET dibawah KPLB mampu melahirkan pelajar yang kompeten dan bertaraf antarabangsa,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada pasukan [email protected] ke WSC 2019, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R. Sivarasa dan Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Azhar Abdul Manaf.

Rina berkata, institusi yang terlibat dalam pertandingan tersebut adalah GiatMara Saratok, Sarawak dalam bidang teknologi fesyen; GiatMara Taiping, Perak (pemasangan elektrik); GiatMara Kota Tinggi, Johor (bricklaying) dan UniKL Ledang, Johor (pendingin hawa dan peti sejuk). - UTUSAN ONLINE