bubur-2
 

Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh staf pentadbiran fakulti dari segi persiapan tempat, peralatan dan merewang.

Menurut Pengarah Program Rewang, Nor Azilah Idris, dengan tema 'Sikit Sama Dirasa', ini merupakan kali ke-5 berturut-turut ianya diadakan bertujuan untuk menyambut bulan Ramadan.

Sebanyak tiga periuk besar disediakan. Pada kali ini selain dari diagihkan kepada para pelajar fakulti dan staf, bubur yang telah siap dibungkus dihantar ke Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim/Miskin (PEYAKIN).

Menurut beliau lagi, Islam juga mendidik umatnya untuk saling menyayangi antara satu sama lain di samping menguatkan hubungan ukhuwah dan memelihara silaturahim akan mendapatkan kebaikan serta rezeki yang diberkati.

Program ini telah dirasmikan oleh Dekan FSPU. Turut hadir Timbalan-timbalan Dekan, Ketua Komunikasi Korporat Fakulti dan pensyarah.

Dekan di dalam ucapan perasmiannya berharap program seumpama ini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang dengan melibatkan para pelajar dan alumni FSPU agar dapat memberi impak yang lebih besar kepada masyarakat amnya.