Mohd. Jailani, 57, menerima pengiktirafan tertinggi itu berikutan sumbangan beliau secara menyeluruh dan berterusan dalam proses penemuan serta penerokaan ilmu di samping memenuhi aspirasi universiti sebagai jentera pembangunan negara ke arah meningkatkan kualiti kehidupan.

Beliau yang telah berkhidmat selama lapan tahun di universiti itu kini merupakan Naib Canselor dan Presiden Universiti Antarabangsa Albukhary di Alor Setar, Kedah membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000 beserta sijil penghargaan dan plak yang disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Utem, Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin Ali.

Selain Mohd. Jailani, turut menerima anugerah tenaga pengajar Utem iaitu Prof. Madya Dr. Talib Din (Anugerah Penerbitan Buku Bidang Sains dan Teknologi); Dr. Norliah Kudus (Anugerah Penerbitan Buku Bidang Kemanusiaan dan Sains Sosial); Zahriadha Zakaria (Anugerah Penghasilan Makalah Jurnal); Prof Madya Dr. Liew Pay Jun (Anugerah Kualiti Makalah Jurnal) dan Mohamad Haniff Harun (Anugerah kademik Harapan).

Turut menerima anugerah adalah Kumpulan Autism Special Interest (Anugerah Khas Kumpulan) dan kesemua penerima dipilih berdasarkan kepada sumbangan terhadap pembangunan akademik khususnya dalam meningkatkan kecemerlangan bidang pengajaran, penyelidikan, penerbitan, inovasi, pengkomersialan serta sumbangan kepada masyarakat.

Kesemua penerima anugerah tersebut masing-masing menerima hadiah wang tunai RM4,000 selain sijil penghargaan dan plak.

SHAHRIN SAHIB
SHAHRIN SAHIB 

Sementara itu, Naib Canselor Utem, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib berkata, program kali ke-10 itu diadakan bagi membolehkan universiti itu membentuk dan membudayakan ekosistem akademik agar lebih segar dan dinamik.

Katanya, bagi merealisasikan aspirasi universiti yang memikul tanggungjawab dalam mentransformasikan ekonomi dan keupayaan tenaga kerja negara, ahli akademik merupakan golongan yang perlu memainkan peranan penting untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja menguasai ilmu tetapi turut memiliki nilai kebijaksanaan berhadapan cabaran kehidupan yang kompleks.

“Saya mengucapkan tahinah dan terima kasih kepada semua warga Utem khususnya ahli akademik yang memainkan peranan penting dan memberi sumbangan terbaik dalam aspek akademik, penyelidikan, pembangunan bakat insan cemerlang dan sebagainya,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut. - UTUSAN ONLINE