Biasiswa itu diserahkan kepada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lalu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Kesemua penerima merakamkan rasa syukur dan terima kasih ketika mengabadikan gambar kenangan bersama keluarga dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Amir Hamzah Azizan serta Pengarah Yayasan Tenaga Nasional (YTN), Datuk Dr. Shaari Md. Nor.

Turut hadir Ketua Pegawai Insan, Datuk Muhammad Razif Abdul Rahman; Ketua Pegawai Korporat, Datuk Roslan Ab. Rahman; Lembaga Pemegang Amanah YTN serta pengurusan TNB yang lain.

Terdahulu, Amir Hamzah menyampaikan anugerah biasiswa melalui YTN kepada 110 pelajar yang akan menyambung pengajian di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan 20 lagi di luar negara. - UTUSAN ONLINE