Program anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tembila itu antara lain memberi tumpuan kepada tiga topik utama iaitu asas penyembelihan, mandi junub di samping lawatan ke Taman Tamadun Islam (TTI) di Kuala Terengganu.

Penyelaras program, Hamdan Hamid berkata, selain mendedahkan pelajar tentang cara penyembelihan haiwan ternakan mengikut syariat Islam, program itu dalam masa sama dapat mendekatkan peserta dengan masyarakat setempat.

PESERTA sedang menyembelih ayam sempena program Penghayatan Islam di Masjid Iqra Kampung Paya Rawa d

PESERTA sedang menyembelih ayam sempena program Penghayatan Islam di Masjid Iqra Kampung Paya Rawa di Besut Terengganu hari ini. - UTUSAN ONLINE

“Dua ekor kambing dan enam ekor ayam disembelih, dibersihkan sebelum dimasak dan dijadikan juadah untuk dinikmati oleh peserta dan jawatankuasa kebajikan masjid.

“Pelajar turut didedahkan dengan cara-cara mandi junub untuk memberi kefahaman mendalam tentang keperluan dan tanggungjawab sebagai seorang Islam,” katanya. - UTUSAN ONLINE