Pengurus Besar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) negeri, Muhammad Faizal Adnan berkata, pihaknya akan terus mempromosikan SSPN pada masa depan.

"Sasaran ditetapkan pada tahun ini untuk PTPTN Johor adalah sebanyak 15,000 akaun SSPN dibuka dengan deposit berjumlah RM29 juta.

"Namun kita telah melepasi sasaran tersebut dimana setakat Julai lalu, sebanyak 26,000 akaun baharu telah didaftarkan membabitkan deposit berjumlah RM36 juta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Perbarisan Kemerdekaan anjuran Persatuan Tadika Berdaftar Negeri Johor dengan kerjasama PTPTN ydi pusat beli-belah Angsana Johor Bahru Mall, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Bendahari Persatuan Tadika Berdaftar Negeri Johor, Mashytah Md. Razif.

Dalam program tersebut, seramai 200 kanak-kanak dari 10 buah tadika sekitar bandar raya ini terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti perarakan kemerdekaan, nyanyian lagu patriotik, pertandingan mewarna dan pelbagai lagi. - UTUSAN ONLINE