Kayuhan sejauh 16 kilometer itu bermula dan berakhir di pekarangan ibu pejabat jabatan berkenaan di sini, petang semalam.

Keberangkatan tiba baginda bersama-sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalildisambut oleh Pengarah Pendidikan Negeri, Izmi Ismail dan Ketua Penyelaras Program, Mohd Redzuan Sheriff.

guru-3
 

Program yang dianjurkan bersempena sambutan Hari Guru pada tahun ini itu turut disekalikan dengan ‘Kayuhan MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ bagi Kali ke-33 pada tahun ini.

Para peserta singgah di SMK Agama Perempuan Kangar dan SK Putra bagi menyerahkan Kad Ucapan Hari Guru kepada Pengetua serta Guru Besar di samping menyerahkan bantuan kepada beberapa orang pelajar terpilih selain singgah di 2 buah rumah bekas guru yang kurang sihat pada ketika ini bagi bertanya khabar dan menyerahkan sedikit buah tangan.

Persinggahan terakhir ialah di Rumah Teduh, Kangar bagi menyampaikan sumbangan hasil kutipan berbentuk pakaian, makanan, alat permainan, komputer dan juga lain-lain keperluan daripada seluruh warga JPN Perlis yang dikutip sejak beberapa hari yang lalu.

guru-2
 

Dalam pada itu Tuanku Raja Puan Muda mengetuai kumpulan berjalan kaki singgah di beberapa buah rumah di Kangar mempromosikan kempen ‘Op Sifar Cicir Sekolah’ sebelum turut serta dalam program gotong-royong membersihkan kawasan sekitar Rumah Teduh.

Program berakhir dengan solat maghrib secara berjemaah di pekarangan ibu pejabat JPN Perlis. - UTUSAN ONLINE