Kerugian jutaan ringgit akibat tidak mahir VCTF

Kerugian jutaan ringgit akibat tidak mahir VCTF

vctf
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAJUK perbincangan yang menarik untuk difikirkan bersama terutama kepada ahli lembaga pengarah syarikat, ketua pegawai eksekutif, pengurus besar sumber manusia dan lain-lain yang berkaitan.

Adakah benar organisasi boleh kerugian jutaan ringgit disebabkan oleh Visual Communication Through Freehand (VCTF)? Hal ini boleh berlaku jika kita tidak membudayakan keupayaan VCTF dalam organisasi.

VCTF adalah satu keupayaan yang amat penting untuk membolehkan seseorang berkomunikasi secara visual spontan dengan efektif.

Tujuan VCTF adalah untuk mengurangkan salah faham dan mempercepatk an proses menzahir serta menyampaikan idea-idea dengan cepat dan berkesan.

Bagaimana sesebuah organisasi boleh kerugian jutaan ringgit akibat tidak mahir VCTF?

Banyak aktiviti yang memerlukan VCTF seperti perbincangan ringkas, memberi arahan, menyatakan pendapat atau idea, mesyuarat dan lain-lain lagi.

Perbincangan ini hanya tertumpu kepada satu senario sahaja iaitu proses pembentangan kerja. Sila rujuk gambar rajah yang diberikan.

Gambar rajah ini merujuk kepada ketidakupayaan pembentang untuk menyatakan idea dalam bentuk visual spontan.

Senario ini menyebabkan kumpulan fokus gagal memahami dengan jelas idea yang ingin disampaikan.

Kita boleh bayangkan pembentangan yang tidak efektif akan mengakibatkan ‘salah komunikasi’ dan banyak perkara negatif akan berlaku.

Salah satunya adalah pembaziran penggunaan tenaga elektrik.

Gambar rajah menunjukkan penggunaan tenaga elektrik ‘sebelum’ dan ‘semasa’ pembentangan.

Kita boleh bayangkan pembaziran tenaga elektrik berlaku disebabkan pembentangan perlu dibuat berulang kali sehingga kumpulan fokus faham dan mampu melaksanakan perkara yang dirancang.

Kita boleh buat unjuran kerugian dalam bentuk wang ringgit yang akan ditanggung oleh organisasi jika senario ini berlaku kepada majoriti staf.

Matematik mudah. Sebuah organisasi akan menanggung kos tambahan untuk tenaga elektrik sebanyak RM1,200 setahun untuk seorang staf disebabkan salah komunikasi.

Kerugian sebanyak RM14.4 juta pula akan ditanggung untuk 1,000 orang staf. Simulasi ini jelas menunjukkan betapa pentingnya sesebuah organisasi membudayakan VCTF kepada semua staf.

Jika organisasi berjaya mengurangkan kos penggunaan tenaga elektrik, lebihan wang tersebut boleh disalurkan kepada aktiviti-aktiviti menyokong kebajikan dan peningkatan kemahiran staf. Sudah pastinya prestasi kerja menunjukkan peningkatan.

Adakah kita mempunyai pilihan untuk tidak menguasai VCTF dalam memastikan ketidakupayaan dan salah komunikasi ditahap yang minimum?

Imbas kod QR ini untuk mendaftar kursus VCTF.

Sememangnya kita tidak mempunyai pilihan. VCTF adalah kemahiran yang amat perlu dikuasai oleh semua staf dalam organisasi untuk membolehkan mereka berkomunikasi secara visual spontan dengan efektif.

Kita amat perlu membudayakan VCTF dalam organisasi untuk membolehkan kita mengurangkan kos tenaga elektrik disebabkan salah komunikasi.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kursus VCTF ini, boleh layari https://forms.gle/muf7sGRYzgx2uvJT6 atau scan QR code yang disediakan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.