UPM dan University of Granada jalin kerjasama penyelidikan

UPM dan University of Granada jalin kerjasama penyelidikan

DALJIT Singh Karam (dua dari kanan) dan Keeren Sundara Rajoo (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Profesor Madya Dr. José Manuel Pérez Marmol dari University of Granada semasa lawatan ke kampus universiti itu, baru-baru ini. - IHSAN UPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) dan University of Granada, Sepanyol berhasrat untuk mengadakan program latihan jangka pendek bagi pelajar dan kakitangan kedua-dua universiti.

Hasrat itu disuarakan semasa lawatan kerja penyelidikan oleh para penyelidik UPM ke Fakulti Sains Kesihatan, University of  Granada dari 2 hingga 10 Oktober lalu.

Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Tanah, Fakulti Pertanian UPM, Dr. Daljit Singh Karam yang mengetuai lawatan itu berkata, perbincangan turut  memberi tumpuan kepada penyelidikan berkaitan pengaruh alam sekitar terhadap kesihatan manusia. 

“UPM akan berkongsi kepakaran dalam pengurusan alam sekitar dan  University of Granada menyumbang kepakaran dalam kesihatan manusia. Antara topik penyelidikan yang akan diberi tumpuan utama adalah terapi hutan.

“Selain itu, University of Granada juga berminat untuk mengadakan seminar, simposium dengan UPM sebagai salah satu langkah untuk mengukuhkan lagi kerjasama dalam penyelidikan,” katanya di sini, baru-baru ini.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Sains Perhutanan, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan UPM, Dr. Keeren Sundara Rajoo.

Para penyelidik UPM juga dibawa melawat sekitar kampus di mana terdapat pelbagai pokok ditanam sebagai salah satu projek rehabilitasi tanah dan konservasi persekitaran. 

Antaranya pokok-pokok Mediteranean di tanam di situ ialah oak, magnolia dan chestnut.

University of Granada terletak di bahagian selatan Sepanyol. Granada mempunyai cuaca Mediteranean dan separa arid. 

Granada yang merupakan sebahagian daripada komuniti autonomi Andalusia juga merupakan kawasan tumpuan pelancongan terutama Alhambra.

Menurut Daljit, melalui lawatan itu juga, beliau dapat melihat bagaimana kawasan pelancongan dan bersejarah di Granada dijadikan pusat riadah untuk penduduk tempatan.

“Kami di UPM berharap dapat mempraktikan perkara tersebut dalam aktiviti kajian di Malaysia,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya