Pelajar masih pakai pelitup muka

Pelajar masih pakai pelitup muka

SEBAHAGIAN murid masih memakai pelitup muka ketika hadir di sekolah di SK Simpang Rawai, Marang, Terengganu, semalam. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kebanyakan pelajar sekolah di daerah ini masih memakai pelitup muka walaupun kerajaan memberi kelonggaran dengan tidak mewajibkannya bermula semalam.

Tinjauan Utusan Malaysia di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman 1 dan Sultan Sulaiman 2, di sini mendapati, kebanyakan murid yang tidak memakai pelitup muka pula masih membawanya sebagai langkah berjaga-jaga.

Seorang ibu kepada tiga murid, Nur Hanim Karim, 38, berkata, dia lebih selesa anaknya memakai pelitup muka memandangkan penularan Covid-19 belum reda sepenuhnya.

“Anak-anak pun sudah biasa memakai pelitup muka dan mereka secara sukarela mahu memakainya ketika berada di sekolah.

“Lagipun, stok pelitup muka masih banyak dan lebih baik memakainya daripada membazir,” katanya yang menghantar anak Tahun Lima, Empat dan Satu di SK Sultan Sulaiman 1 di sini.

Seorang lagi ibu, Noorazlina Sani, 35, berkata, dia tetap membekalkan dua helai pelitup muka seperti biasa kepada anak sulungnya untuk dipakai sepanjang sesi persekolahan.

“Biasanya satu tak cukup kerana lencun dengan peluh, jadi dia tukar pelitup muka yang baharu untuk sesi sekolah waktu Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA).

“Tadi ada juga nampak murid yang tak pakai pelitup muka, saya harap anak tidak terikut-ikut mereka untuk tidak memakainya kerana saya dah terangkan kepentingan pemakaian demi kesihatan,” katanya.

Sementara itu, Malaysia terus merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,483 kes berbanding kelmarin, 1,971 kes sekali gus diatasi 2,090 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my semalam, Kuala Lumpur kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 328 kes diikuti Selangor (268 kes), Perak (138 kes), Sabah (127 kes) dan Negeri Sembilan 110 kes.

Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Sarawak 86 kes, Johor (73 kes), Melaka (67 kes), Pinang Pinang (63 kes), Kedah (54 kes), Pahang (49 kes), Putrajaya (43 kes), Kelantan (37 kes), Terengganu (26 kes) dan Perlis (12 kes).

Hanya Labuan mencatatkan kes satu angka iaitu dua kes. Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 373 orang berbanding kelmarin, 411 orang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.