Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaacob berkata, program itu diadakan secara khusus untuk memupuk semangat kecintaan kepada Rasululullah SAW.

Beliau berkata, program itu merupakan kesinambungan daripada Transformasi Tabika melalui Program Penghayatan Pendidikan Islam(PPI).

“Melalui aktiviti seperti ini, kita dapat memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam di Tabika Kemas.

“Pengisian selawat selama 30 minit ini adalah merangkumi Selawat Nabi, Selawat Badriyah, Selawat shifa dan juga Zikir Asma’ Ul Husna, “ katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Program Kemas Berselawat peringkat kebangsaan di Masjid Sultan Yahya Petra di sini hari ini.

Seramai 1,000 kanak kanak bersama ibu bapa dan ahli jawatankuasa tabika Kemas daerah ini menyertai program tersebut. - UTUSAN ONLINE