Penyelaras pertandingan, Dr. Hazlina Awang Lah berkata, pertandingan selama dua hari anjuran Sasbadi Holdings Berhad dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan LEGO Education itu bertujuan berkongsi idea-idea baharu dalam bidang robotik di samping mewujudkan jaringan kerjasama pendidikan antara pelbagai pihak.

Katanya, bagi sekolah rendah tema yang diketengahkan ialah ‘Smart Passenger Transport, Smart Cities & Driverless Bus’ manakala sekolah menengah pula ‘Pro & Rookies, Smart Cities & NRC Football’.

“Penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan, Dr. Muhamad Sidek Said,” katanya. - UTUSAN ONLINE