Pusat Pembangunan Hospital Unisza berkata, sebanyak 14 kekosongan memerlukan pengisian jawatan tetap di pusat kesihatan yang kini dalam pembinaan.

Katanya, jawatan tersebut ialah pegawai sains C41, pegawai teknologi maklumat F41, pegawai tadbir N48, pegawai tadbir N41, pegawai farmasi UF41, jururawat U41, pegawai kewangan W48 dan pegawai kewangan U41.

“Jawatan lain termasuk setiausaha pejabat N29, penolong pegawai tadbir N29, pembantu tadbir N19, juru x-ray U29, jururawat U29 dan penolong akauntan W29.

“Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian di laman web rasmi Unisza di www.unisza.edu.my,” katanya dalam catatan di laman Facebook di sini hari ini.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 Jun 2019.

Hospital Pengajar Unisza yang setinggi enam tingkat di tapak seluas 12 hektar itu dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2020. - UTUSAN ONLINE