Terletak hanya beberapa langkah dari batu tanda 0 Kilometer yang menjadi mercu tanda bersejarah di daerah Lipis ini, sebuah restoran baharu yang dinamakan Pepenero kini menjadi bualan ramai, bukan sahaja kerana lokasinya strategik, malah kerana keunikan menu yang ditawarkan. Menampilkan gabungan cita rasa ASEAN dan masakan Barat, Pepenero yang mula beroperasi pada Syawal lalu kini menjadi antara destinasi pilihan utama pengunjung dan penduduk setempat yang ingin menikmati juadah enak dalam suasana santai dan moden. Apa yang lebih membanggakan, kedai makan ini diusahakan sepenuhnya oleh anak jati Kuala Lipis, Nur Farzana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya