Iftar sambil panggang-panggang di Seoul Garden

Iftar sambil panggang-panggang di Seoul Garden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAAT berbuka puasa petang ini pasti lebih menarik dengan menikmati lebih 116 jenis pilihan makanan tersedia di Seoul Garden, satu rangkaian jenama hidangan halal terkemuka dari Korea menerusi menu eksklusifnya, Ramadan-Raya.

Tahniah juga kepada Seoul Garden Group meraikan lebih 40 tahun kepakaran dalam Asian Korean grill. Baru-baru ini, saya hadir ke acara makan eksklusif media di Seoul Garden di pusat beli belah IOI City.

Dengan pelancaran menu baharu itu, orang ramai berpeluang menikmati pengalaman memasak sendiri, sambil menzahirkan kemakmuran menuju sambutan perayaan Aidilfitri, bulan depan.

 

Pengalaman amat bermakna kerana dihidang pilihan makanan lengkap dengan 11 kategori produk termasuk daging perapan berkualiti, makanan laut segar, sup, surimi, sayur-sayuran, pelbagai campuran sos dan perasa, pencuci mulut dan pelbagai pilihan sampingan yang tersedia dalam pelbagai tahap harga, bufet gril dan hot pot.

Ketua Pegawai Eksekutif Seoul Garden Group, Andrew Lee berkata, syarikatnya meneruskan tradisi dengan konsep makan dinamik dan interaktif yang membolehkan pelanggan memanggang sendiri daging pilihan mereka serta menikmati bahan-bahan segar yang tersedia.

Katanya, Seoul Garden menjadi destinasi utama keluarga dan rakan-rakan berkumpul menikmati hidangan berkualiti sambil mencipta kenangan indah.

“Matlamat kami bukan sekadar menyediakan hidangan enak, tetapi mencipta satu pengalaman makan yang penuh kenangan dan istimewa untuk setiap kesempatan.

“Dengan menu Ramadan-Raya khas sepanjang bulan puasa ini, kami mengalu-alukan kedatangan pelanggan berbuka puasa bersama kami dalam suasana mesra dan seperti di rumah sendiri,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Seoul Garden Group diasaskan sejak 1983, berada di enam negara, lebih 63 cawangan di seluruh Asia termasuk 36 cawangan di Malaysia.

Rangkaian jenama itu terdiri daripada tiga konsep utama iaitu Seoul Garden, Seoul Garden Hot Pot dan Seoul Garden Korbi Grill.

Dalam majlis pelancaran tersebut, personaliti media sosial, Azfar Heri memeriahkan acara dengan membawa tetamu menyusuri perjalanan kulinari istimewa.

Dalam pada itu, kata Andrew, Seoul Garden menawarkan baucar RM60 yang boleh didapati di seluruh negara bermula 26 Februari lalu hingga 31 Mac. Seoul Garden menawarkan baucar RM60 juta sepanjang bulan Ramadan ini.

“Kami mempunyai pelbagai pelanggan dari generasi milenial hingga Gen Z, tetapi, mereka semua datang dengan satu tujuan iaitu menikmati makanan lazat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×