Menjamu selera dengan konsep klasik dan dibuai pula dengan lagu-lagu terbaik seniman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, suasana seperti ini seakan membawa pengunjung kafe Warung Orang Lama yang terletak di tengah pekan Nilai merentas masa untuk kembali ke zaman era 1970-an. Dikendalikan pasangan suami isteri iaitu Hairol Izad Redzuan, 42, dan Nathilah Mohd. Said 42 bersama rakan kongsi mereka, Sarah Rashid, 42, Warung Orang Lama sudah pastinya juga tidak ketinggalan…