Lamb shank padu di Tazyeen Arabic & Mughlai Cuisine

Lamb shank padu di Tazyeen Arabic & Mughlai Cuisine

Antara hidangan yang terdapat di Tazyeen Arabic & Mughlai Cuisine, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields Kuala Lumpur. - MINGGUAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAMA lamb shank ‘meletup’ dan hangat diperkatakan sewaktu Ramadan lalu sehingga menjadi terkenal walaupun ia sudah ada lama di negara ini.

Daging kambing lembut yang dimakan bersama nasi briyani diadun rempah ini sememangnya sedap dan sesuai dengan cita rasa majoriti rakyat di Malaysia.

Maka, sebab itu ada yang sanggup bersesak dan beratur panjang bagi merasai nikmat hidangan yang kaya dengan rempah ratus ini.

Bagaimanapun, bagi sesiapa yang mengidamkan nasi briyani lamb shank, anda sebenarnya mempunyai banyak pilihan restoran di sekitar ibu negara.

Salah satu restoran yang boleh anda menikmati nasi briyani lamb shank yang terbaik dengan harga berpatutan adalah di Tazyeen Arabic & Mughlai Cuisine.

Dengan rasa rempah tersendiri di samping kelembutan serta saiz daging yang besar, ia sudah pasti membuatkan pelanggan kembali ke restoran ini selepas menikmatinya buat pertama kali.

Jujur saya katakan harga menu nasi biryani lamb shank di restoran ini agak berpatutan iaitu hanya RM28.90 sahaja.

Selain daging yang lembut sebagai taruhan, keenakan nasinya juga pasti tidak mengecewakan selain rasa lamb shank yang tidak terlalu pedas.

Tanpa ada sebarang kuah tambahan sekalipun sudah cukup enak untuk dinikmati bersama lamb shank tersebut.

Apa yang menarik, restoran terletak di Brickfields ini turut menyediakan pelbagai hidangan berasaskan makanan arab dan India , sebagaimana di beberapa tempat popular lain di sekitar ibu negara.Nama hidangan seperti tandori mix platter, mutton chukka, chicken kolkatta, dal gosht dan gulab jamun sememangya memberikan pelanggan kelainan.

Malah, jujur saya katakan, ini kali pertama saya merasai kenikmatan pelbagai makanan sama ada dari Asia Barat atau berasaskan makanan India.

Makanan yang dimasak di sini juga diadun dan diperap sempurna, iaitu lebih lapan jam bagi setiap daging yang digunakan.

Usah bimbang sekiranya anda seorang vegetarian kerana restoran ini turut menyediakan makanan untuk mereka yang mengamalkan diet ini.

Bagaimanapun, sekiranya anda berhajat berkunjung ke sini, ada baiknya menggunakan pengangkutan awam disebabkan parkir yang begitu terhad lebih-lebih lagi ketika waktu puncak.

Anda boleh menggunakan pengangkutan awam di stesen berhampiran iaitu KL Sentral dan hanya berjalan lebih kurang 10 minit untuk sampai ke restoran ini.

Dalam pada itu, pemilik restoran, Datuk Seri Dr. Tazyeen Zahra Abidi berkata, restoran tersebut dibuka pada tahun lalu ketika negara dilanda penularan wabak Covid-19.

“Ramai yang tidak percaya apabila saya menyatakan hasrat untuk membuka restoran sewaktu dunia masih dilanda dengan wabak Covid-19.

“Tetapi saya percaya dengan kemampuan diri dan saya terus buka restoran makanan Arab dan masakan India ini,” jelasnya.

Tambah Tazyeen Zahra, beliau juga melihat potensi di kawasan tersebut yang terletak di tengah-tengah ibu kota dan kurangnya persaingan.

“Di Brickfields tiada restoran yang menyediakan makanan Arab. Malah di sini juga adalah Little India yang menjadi tumpuan banyak pelancong. Sebab itu, saya nekad untuk membuka restoran di sini,” jelasnya.

Restoran ini turut menyediakan shisha bagi mereka yang mahu bersantai bersama rakan-rakan.

Tazyeen Arabic & Mughlai Cuisine

Waktu Operasi: 10.30 pagi sehingga 12 tengah malam (setiap hari)
Lokasi: No: 82, Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya