Menentang ilmu agama ikut ‘selera’ sendiri - Utusan Malaysia

Menentang ilmu agama ikut ‘selera’ sendiri

Ustaz Mohd. Fadhly Hasbullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UMAT akhir zaman akan menjadi umat manusia yang paling banyak berdepan dengan pelbagai ujian hidup termasuk musibah.
Menurut Mohd. Fadhly Hasbullah atau sinonim dengan gelaran Ustaz Manis, musibah ini pula datang dalam pelbagai cara atau bentuk seperti krisis makanan, kebuluran, harga makanan meningkat dan lain-lain.
Kata beliau, Rasulullah SAW juga telah mengingatkan tentang perkara itu sebelum Baginda wafat.
Justeru katanya, umat Islam khususnya yang hidup pada akhir zaman ini perlu reda serta menerima sepenuhnya akan hakikat tersebut selain tidak cepat melatah seperti menyalahkan takdir yang menimpa.
“(Dalam hal ini) kena terima itu (ujian hidup) jika kita beriman kerana itu bermaksud kita beriman kepada Qada’ dan Qadar yang telah ditentukan oleh Allah.
“Macam mana pula nak menangani atau mengharungi (dugaan) ini? Jadi, di sini perlu kepada ilmu kerana manusia itu akan sentiasa ‘memusuhi’ apa yang dia tidak tahu.
“Kejahilan akan menjadi satu ‘senjata’ yang akhirnya akan memakan dirinya sendiri,” katanya kepada Mingguan Malaysia, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Fadhly berkata, dewasa ini, ramai pihak terutamanya dalam kalangan umat Islam sendiri yang gemar untuk menentang, menyerang atau mengancam termasuk ketika para asatizah atau agamawan menyampaikan ilmu.
“Tapi, dalam hal ini, dia menentang dengan kebodohan dan kejahilan. Dia bukan menentang dengan keilmuan atau kecerdikan. Ini akhirnya akan mengakibatkan umat Islam berpecah-belah dan berbalah sesama sendiri.
“Hidup kita ini bukan pada ‘selera’ kita tapi hidup kita ikut ‘selera’ Allah, ‘selera’ Rasul dan ‘selera’ Quran. Kita juga hidup bukan berdasarkan kepada apa yang manusia kata. Tapi, kita hidup berdasarkan apa yang Allah reda, apa yang nabi (Rasulullah) suka,” ujar beliau.

MOHD. FADHLY HASBULLAH (USTAZ MANIS)
» Usia: 44 Tahun
» Pekerjaan: Personaliti TV, Artis Nasyid, Komposer, Perunding Motivasi, Guru Sekolah

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.