Individu itu guna nama, wajah saya ajak berkenalan - Fiza Sabjahan - Utusan Malaysia

Individu itu guna nama, wajah saya ajak berkenalan – Fiza Sabjahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEBIH 18 tahun berpengalaman sebagai pengacara, nama Fiza Sabjahan sebenarnya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Bukan sahaja perwatakannya digemari penonton, malah bakatnya juga diiktiraf menerusi dua anugerah berprestij di Malaysia iaitu Pengacara TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 2024 diikuti Pengacara Televisyen Popular, Anugerah Bintang Popular ke-37.

Semua ini bukan rezeki semata-mata, namun bukti kerja keras dan keberaniannya mengubah corak dan hala tuju program Wanita Hari Ini yang lebih dekat dengan generasi muda. Hasilnya, semakin banyak klip video tular daripada program itu mula mencuri tumpuan di media sosial.

Namun, baik penyanyi, pelakon atau pengacara, kalau namanya orang popular, pasti ada sahaja dugaan perlu ditempuhnya. Dugaan apa itu, Fiza? Jawablah!

Sebagai orang popular, ada tak pihak yang cuba manipulasi anda? Salah guna nama, atau lakukan penipuan?

Ada! Kebetulan perkara ini pun baru-baru juga terjadi. Di platform Thread, saya diberitahu oleh kenalan terdekat bahawa ada individu tidak dikenali menggunakan identiti saya iaitu nama dan gambar untuk ‘memancing’ orang di media sosial.

Memancing bagaimana? Skim Cepat Kaya? Jual barang?

Bukan jual barang, dia gunakan akaun itu untuk berkenalan dengan orang ramai secara rawak di media sosial. Dia akan mesej orang-orang itu menggunakan identiti saya.

 

Ada rasa hendak ambil tindakan? Buat laporan polis contohnya?

Saya sudah hubungi akaun itu dan minta dia berhenti. Saya juga tanya kenapa guna muka saya? Namun akaun itu ‘sekat’ saya di media sosial. Tapi tidak terfikir sampai ke tahap buat laporan polis, sebaliknya abaikan sahaja.
Saya selalu fikir begini, mungkin individu itu bermasalah. Lagipula tak ada lagi yang jumpa saya dan cakap saya ada ajak mereka keluar. Maksudnya, akaun itu tidak menjejaskan saya.

Video anda selalu tular, baru-baru ini ada klip awak mahu sertai kumpulan marhabban dan gelak tak berhenti dengan Fatin Hamimah.

Saya boleh kata itu adalah antara video kesukaan saya. Saya takut juga ada yang anggap sensitif tapi mujur semua rasa lucu. Dekat Thread pun ramai tidak tahu punca kenapa kami ketawa, tapi turut terhibur.
Hendak tahu apa yang buat kami susah hendak tahan gelak? Bila dengar suara penerbit di ‘ear monitor’ sudah terbahak-bahak. Macam mana hendak berhenti gelak? Kalau dulu saya akan cubit badan tahan ketawa. Sekarang cara itu sudah tidak boleh pakai. Sudah tidak berkesan.

Selepas memenangi gelaran Pengacara TV Popular, apa lagi yang anda idamkan? Ada perancangan apa-apa lebih besar?

Saya sudah berusia, jadi tidak mungkin selamanya mahu berada di depan kamera. Visi saya yang seterusnya adalah untuk melatih orang baru dan ajar mereka supaya saya perlahan-lahan boleh berpindah ke belakang tabir.

Dalam kata lain awak akan bersara sebagai pengacara dan menjadi tenaga pelatih?

Begitulah, tapi bukanlah dalam masa terdekat, cuma perancangan itu ada. Tapi itulah, ini semua sekadar visi saya, perancangan Allah kita tidak tahu. Lagi pula, saya lihat ramai senior saya yang sudah di puncak akan ‘menghilang; di depan kamera kemudian muncul semula untuk kekal bertahan. Mungkin saya boleh guna formula itu.Bos saya selalu pesan dahulu, jika kita mahu ukur kejayaan sebenar, ia terletak kepada macam mana orang selepas kita lebih berjaya daripada kita tidak kisahlah bidang apapun itu. Kejayaan tidak sepatutnya hanya tentang kita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN