Angkatan baru bakal menyinar - Utusan Malaysia

Angkatan baru bakal menyinar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNIA K-Pop tahun lepas menyaksikan kelahiran puluhan kumpulan baharu yang membawa konsep muzik dan penampilan di luar kotak.Masing-masing bersaing dengan mempertaruhkan muzik lebih ke depan dengan harapan untuk menambat citarasa peminat K-Pop yang mendahagakan kelainan.

Tahun ini pula bakal menyaksikan kumpulan-kumpulan baharu ini menyinar dan mendominasi arena muzik antarabangsa.

Mampukah mereka menyaingi, atau paling tidak pun mengulangi kejayaan Big Bang, BTS, Blackpink yang kedudukan mereka sudah sedia kukuh di pentas dunia?Berikut tiga angkatan baharu yang dijangka mendominasi tahun ini.

KICKFLIP

Percaturan JYP Entertainment memperkenalkan Kickflip pada awal tahun lepas berhasil dengan rekod penjualan album Flip it, Kick it! melonjak pada minggu pertama dipasarkan.
Meskipun baharu diperkenalkan, sambutan peminat terhadap kumpulan yang dianggotai tujuh jejaka tampan ini bertukar luar biasa apabila album sulung mereka terjual sehingga 270,000 unit.
Kickflip yang dianggotai Kyehoon, Amaru, Donghwa, Juwang, Minje, Keiju dan Donghyeon tidak pulang tangan kosong pada Anugerah Artis Asia ke-10 menerusi kemenangan trofi artis baru terbaik.

 

KIIIKIII

Dianggotai lima gadis belasan tahun, KiiiKiii meniti di bibir peminat K-Pop selepas single sulung mereka, I Do Me mula dipasarkan Februari tahun lalu.
Kumpulan yang bernaung di bawah Starship Entertainment ini membawa gelombang baharu menerusi imej dan konsep muzik yang berlainan dengan kumpulan sedia ada.
KiiiKiii dianggap antara pelapis yang menyusul kejayaan kumpulan Blackpink di peringkat global.Kedudukan mereka dalam industri muzik Korea Selatan bertambah kukuh selepas kemenangan dua trofi sempena Anugerah Artis Asia ke-10 tahun lepas.

 

CORTIS

Bernaung di bawah Big Hit Music, Cortis yang dianggotai lima anak muda iaitu James, Juhoon, Martin, Seonghyeon dan Keonho secara rasminys diperkenalkan pada Ogos tahun lalu.
Album sulung mereka, Color Outside The Lines yang mengandungi enam lagu, melakar sejarah apabila menjadi album sebuah kumpulan baharu dengan rekod jualan memberangsangkan selepas satu minggu dipasarkan tahun lepas.Album EP itu juga menerima pensijilan platinum berganda selepas 500,000 unit terjual.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN