Industri hiburan Taiwan yang biasanya dikenali dengan imej bersih dan sopan juga tidak terlepas daripada kontroversi besar. Beberapa selebritinya pernah terpalit kes jenayah, sama ada melalui penahanan, pendakwaan atau siasatan rasmi yang menggemparkan industry seni secara global.
Skandal tersebut membuktikan bahawa selebriti juga tidak terkecuali daripada undang-undang. Dalam beberapa kes, satu kesalahan sudah cukup untuk menghancurkan kerjaya yang dibina bertahun-tahun, manakala dalam kes lain, kebenaran hanya muncul selepas bertahun-tahun berlalu.
DARREN WANG
Pelakon popular Our Times ini disiasat pihak berkuasa Taiwan berhubung dakwaan cubaan mengelak khidmat tentera, satu kesalahan serius di Taiwan.
Walaupun Darren Wang menafikan sebarang salah laku dan kes masih dalam proses siasatan, berita itu mencetuskan kritikan hebat daripada netizen yang menganggap isu
ketenteraan sebagai tanggungjawab nasional.
KO CHEN-TUNG
Nama actor, Ko Chen Tung, menjadi tajuk utama pada 2014 apabila dia ditahan di Beijing kerana mengambil dadah jenis ganja Bersama rakan pelakon, Jaycee Chan.
Chen Tung kemudian mengaku kesalahan secara terbuka, memohon maaf kepada peminat dan menjalani tempoh penahanan serta pemulihan.Kes itu menyebabkan namanya digugurkan daripada beberapa projek besar dan kerjayanya merosot buat seketika sebelum perlahan-lahan bangkit semula.
NONO
Pelawak dan hos TV veteran Nono disabitkan kesalahan cubaan merogol seorang wanita dalam kejadian pada 2011.Kes itu kembali dibicarakan susulan gelombang #MeToo dan pada 2025, mahkamah Taiwan menjatuhkan hukuman dua tahun enam bulan penjara terhadapnya.Kes ini mengejutkan industri kerana Nono merupakan figura televisyen terkenal selama puluhan tahun.
BLACKIE CHEN
Hos dan personaliti TV terkenal Taiwan itu terpalit kontroversi besar pada 2023 apabila beberapa wanita tampil membuat tuduhan serangan seksual terhadapnya.Skandal tersebut mencetuskan perbincangan hangat dalam industri hiburan Taiwan dan China. Blackie Chen menafikan dakwaan itu dan kes berkenaan memasuki fasa siasatan undang-undang.Walaupun belum ada keputusan muktamad, imejnya terjejas teruk dan beberapa kerjasama komersial dihentikan.
CHEN BOLIN
Pelakon Blue Gate Crossing dan In Time With You itu turut terpalit dalam gelombang siasatan pengelakan khidmat tentera.Media Taiwan melaporkan bahawa Chen Bolin mengaku pernah membayar pihak ketiga untuk mendapatkan laporan perubatan palsu.Walaupun kesnya tidak melibatkan hukuman berat, pendedahan itu cukup mengejutkan peminat kerana imejnya selama ini dikenali sebagai ‘budak baik’ dalam industri hiburan.










