Belum kahwin sudah ‘berbulan madu’? - Utusan Malaysia

Belum kahwin sudah ‘berbulan madu’?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dengar cerita ada yang pening kepala dengan kerenah pasangan pelakon ini. Tak adalah popular mana, tetapi orang kata, mereka ‘wujud’ sahaja dalam industri seni. Jadi artis sendalan pun, tetap orang panggil artis bukan?

Cuma, kalau sudah letakkan diri sebagai artis atau anak seni, popular atau tidak, jagalah nama baik elok-elok. Nama pun artis, orang akan kenal juga walau pergi ke mana-mana pun.

Hendak dijadikan cerita, selepas kisah mereka bercium di sebuah photobooth sebelum ini, terbaharu, ada yang sampaikan kepada Cik Bunga, pasangan ini didakwa sampai duduk sebilik di sebuah hotel terkemuka di Kuantan, Pahang.

Cik Bunga tahu ini pun setelah ada sumber yang mendakwa ternampak mereka berdua sekali sedang berada di kaunter hotel berkenaan dan bersedia untuk mendapatkan kunci bilik.

Apa yang menghairankan Cik Bunga, berani betul mereka berdua begitu? Ingat tidak ada orang kenalkah? Setahu Cik Bunga, bandar Kuantan itu pun kecil sahaja, tidak besar mana. Pastilah orang boleh mudah cam, apalagi kalau artis atau selebriti.

Bukan main seronok agaknya mereka bercuti ‘berbulan madu’ berdua. Kalau sudah tidak boleh berpisah, kahwin sahajalah segera.

Kalau sudah jadi pasangn sah, tiada siapa pun kisah awak berdua sebilik di mana-mana pun. Boleh bawa kad nikah tayang di dahi kalau ada orang tak percaya yang awak berdua sudah kahwin.
Tapi Cik Bunga malas hendak sebut nama, kamu semua pandailah cari sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN