Jiran merungut penyanyi tidak jaga kebersihan - Utusan Malaysia

Jiran merungut penyanyi tidak jaga kebersihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kadangkala, Cik Bunga pun hairan dengan diri Cik Bunga ini. Selain jadi penulis, kita pun boleh jadi Majlis Bandaraya agaknya. Mana tidaknya, tiba-tiba pula ada yang mengadu pada Cik Bunga mengenai sikap seorang penyanyi dan komposer muda tanah air ini yang tidak menjaga kebersihan kawasan rumah.

Pula itu, hal ini diadukan oleh jirannya sendiri. Hendak dijadikan cerita, dakwa sumber, penyanyi lelaki ini katanya memang tidak reti jaga kebersihan rumah sebab rumahnya sentiasa berbau kurang enak.

Tidak cuma itu, kalau terserempak di mana-mana kawasan perumahan, bila dekat dengan penyanyi itu, bau badannya juga tidak enak. Iyalah, macam tidak jaga bab itu kata sumber.

Kita ini tidaklah suruh dia pakai minyak wangi 24 jam. Tetapi, kalau perlu pakai apa salahnya, terutama bila berjumpa orang. Awak itu artis, jagalah sikit imej dan penampilan. Cik Bunga akui, dia buat lagu memang sedap. Hits dan menjadi.

Tetapi tak sangka pula ada masalah kebersihan.Macam mana agaknya badan tidak berbau, kalau jirannya kata rumah pun macam tidak jaga kebersihan. Tak boleh hendak bayangkan pula bagaimana keadaan rumah dia, tetapi pokok pangkalnya, tak bersihlah.

Benda begini sepatutnya kenalah peka, bauan yang tidak menyenangkan boleh buat orang ‘potong mood’ tahu.Agama pun ajar kita supaya menjaga kebersihan.

Tapi tak tahulah Cik Bunga kalau bauan tidak enak itu sebenarnya ‘pelaris’ buat ilham dia menjadi. Okey Cik Bunga gurau sahaja. Jangan marah…

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN