Lelaki lain yang jadi ‘perosak’, artis ini pula yang kena tanggung - Utusan Malaysia

Lelaki lain yang jadi ‘perosak’, artis ini pula yang kena tanggung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ORANGNYA cantik, malah seksi pula. Tetapi Cik Bunga tidak merujuk dia ini sebagai artis sebab
dia mungkin baru hendak menuju menjadi seorang pempengaruh.

Maka, apabila Cik Bunga dapat tahu yang dia ini cuba-cuba hendak kenakan seorang artis lelaki dengan menuduh si artis itu mahu ‘merosakkannya’, Cik Bunga jadi geram.

Iyalah, mungkin orang lelaki ini memang jenis tidak boleh nampak wanita cantik dan seksi.

Tidak dinafikan, sifat miang itu ada, tetapi artis itu dengarnya tidaklah sehingga mahu merosakkannya.

Mungkinlah ada nakalnya, tetapi Cik Bunga dapat tahu, si wanita itu sengaja menggunakan peluang
untuk mengenakan artis terbabit demi mahu menjatuhkan namanya dalam industri seni. Malah, tujuan utama selain itu tidak lain tidak bukan, duit.

Ibaratnya, kalau tidak berikan sejumlah wang yang
kononnya diminta, dia akan buat ‘onar’ dan pastikan artis itu tidak boleh cari makan dalam industri.

Masalahnya, yang merosakkan wanita itu, orang lain. Jadi, Cik Bunga dapat agak, ada kemungkinan wanita ini sengaja mahu bikin onar ini sebab dia tak dapat sejumlah wang yang diminta.

Pula itu, lelaki baru yang dikenalinya ini seorang artis, jadinya, ia seakan satu peluang
keemasanlah untuk dia buat ugutan. Cuba jika lelaki yang dikenalinya pada waktu itu bukan
individu berpengaruh atau dikenali, peduli sangatkah dia untuk buat ugutan seperti itu?

Cik Bunga tidak menafikan hak wanita, tetapi kaum wanita pun jangan salah guna hak hendak perjuangkan nasib jika diri sendiri ada agenda buruk. Cik Bunga habiskan di sini, biar pembaca
sendiri berteka-teki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN