Perang londeh aib sendiri - Utusan Malaysia

Perang londeh aib sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KELAKAR tetapi itulah hakikat yang rancak berkicauan dalam ruang udara industri hiburan tanah air. Kenapa bukan industri seni, sebab kadang-kadang yang berperangai begitu tidak layak pun digelar anak seni.

Memang dunia hiburan ini penuh dengan warna warni seribu satu kisah. Tetapi kalau yang manis-manis sahaja, tidak boleh lah kan. Perlu juga cerita sensasi hangat membara menghiasi carta gosip tanah air.

Cuma Poklip perasa, sejak dua menjak ini terutama dengan wujudnya golongan selebriti media sosial, makin ramai pula pemain industri hiburan berlumba-lumba melondehkan aib diri sendiri. Sampai terpinga-pinga Poklip.

Sudah tidak ada ruang lain ke untuk dia kongsikan tentang perihal diri selain media sosial. Kalau yang dikongsi itu tahapnya biasa-biasa sahaja tak apa, tetapi kadang-kadang aib diri dan orang lain dimuntahkan.

Poklip tidak mahu menghukum pun, mungkin benar seseorang itu sudah tidak ada tempat mengadu dan meluah sehingga media sosial adalah platform unggul yang boleh dia ceritakan semuanya.

Tetapi beragak-agaklah. Baru-baru ini, pergolakan keluarga antara mak-anak-menantu Abby Abadi mencetuskan perbualan hangat di media sosial. Okay, Poklip faham ‘kemarahan’ Abby’ sehingga dia ‘ludahkan’ semua.

Malah, anak menantu dan suaminya juga sama menjadikan media sosial sebagai ‘ruang berbual’ antara satu sama lain. Kalian tidak ada group Whatsapp kah? Tidak ada nombor peribadi untuk dihubungi?

Atau sebelum ini sudah ada percubaan sehingga memaksa diri meluahkan semua perkara di media sosial? Poklip pun tidak faham dengan masalah yang berlaku dalam keluarga tersebut tetapi lebih molek selesai sendiri.

Janganlah yang situ mengata yang sini, esok yang sini pula membalas yang situ. Hujungnya Poklip nak tanya, apa kesudahannya? Apa jalan penyelesaian? Sudah berbaikkah? Sudah bersalaman raya kah?

Kalau hendak pung pang bercerita tetapi tidak ada hujungnya, netizen marah tau. Kalau dituduh sengaja bikin panas, terus mengamuk. Habis kalau sudah bercerita ke satu dunia, netizen nak tahu juga apa kesudahannya.

Poklip bukan tuju ke Abby dan kaum kerabatnya sahaja, ada juga penyanyi berkaliber, Datuk Nora juga dengan mudah menjadikan media sosial sebagai platform luahan dan pembongkaran bersifat peribadi.

Memang apa yang dikongsi, diluah dan diceritakan menarik perhatian, mendapat beratus ribu like tetapi sayangnya, perkara itu hujungnya memberi impak kepada nama baik yang selama ini dijaga rapi.

Sayang kan? Hendak bercerita itu tidak salah, tetapi sampai mencetuskan polemik dan membuka ruang untuk orang saling mengata, apakah itu berbaloi untuk kita mempertaruhkan nama?

Tidak hanya dua nama itu, ada juga golongan pempengaruh yang dengan senang hati melondehkan aib sendiri. Tetapi untuk mereka tidak mengapalah, memang mungkin itu tujuan mereka.

Mendapatkan perhatian, views dan komen berbalah. Barulah engagement tinggi dan senang hendak hantar proposal kepada clients. Tak begitu? Tetapi mereka itu pempengaruh. Tiada produk seni yang menjadi taruhan.

Tetapi jika anda adalah seorang anak seni yang selama ini berjuang mempertaruhkan bakat kurniaan Tuhan, adakah anda sanggup meleburkan semua hanya semata-mata kerana perhatian?

Atau itu adalah kehendak umum sekarang yang mencari rezeki dengan semua hinaan, makian dan keaiban sendiri? Poklip minta tanyalah diri sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya