Rasanya tidak cuma Cik Bunga, tetapi mungkin sesiapa sahaja yang mendengar single terbaharu penyanyi dan pelakon, Diana Danielle, akan terfikir hal yang sama, adakah lagu ini satu sindiran untuk bekas suaminya, Farid Kamil?
Lagu berjudul Raja Dusta itu, Cik Bunga sudah dengar dan menarik juga menjadi halwa telinga. Merupakan ciptaan John Jeeves dan Firdaus Rahmat, lagu itu bagi Cik Bunga ada ‘vibe’ segar dan tersendiri.
Tapi apabila dihayati lirik itu, terdetik di hati Cik Bunga yang lagu ini seakan-akan mahu ditujukan kepada bekas suaminya itukah?
Sebab ada dalam satu artikel Cik Bunga terbaca, Diana pun tidak menolak bahawa lagu ini menggambarkan situasi dirinya sekarang.
Kalau ikut logik, dia pula baru berpisah dengan Farid. Sebelum ini pun Diana tidak menceritakan punca perceraian dengan bekas suaminya itu, jadi lagu ini seolah-olah memberi jawapan kepada persoalan ramai mengenai hubungan mereka sebelum ini.
Lagu itu ada sebut mengenai penipuan yang sudah terbongkar. Bahagian ini menimbulkan tanda tanya Cik Bunga juga. Apa agaknya penipuan yang dimaksudkan?
Tetapi secara keseluruhan lagu itu boleh dikatakan memang lagu Diana. Maksud Cik Bunga tentang apa yang dia rasa, keperitannya, kesakitannya dan kekecewaannya selama membina mahligai sebelum ini.
Tak apalah, yang penting Diana pun sudah bangkit daripada kekecewaan itu dan kini semakin bersemangat dan bahagia membina kehidupan baru dengan anak-anak.
Ini yang lebih baik. Betul tak?