Penyelia maut digilis ketika pulang kerja

Penyelia maut digilis ketika pulang kerja

Digilis
KEADAAN mayat mangsa yang meninggal dunia akibat digilis selpas terjatuh dari motosikalnya ketika melalui Jambatan Muhibbah, Jalan Pelabuhan Barat, di Klang, Selangor, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang penyelia sebuah syarikat menemui ajal dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dipercayai digilis lori selepas terjatuh dari motosikal ketika melalui Jambatan Muhibbah, Jalan Pelabuhan Barat, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 malam itu, lelaki berusia 37 tahun itu menunggang dari arah Pelabuhan Barat menuju ke Shah Alam.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya, terbabas dan terjatuh di atas jalan raya sebelum digilis oleh sebuah kenderaan yang masih belum dikenal pasti. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudian di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk proses bedah siasat,” katanya di sini, hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau juga menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat atau rakaman kamera papan pemuka supaya tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Mustakim Najri di talian 012-5826983 atau Balai Polis Trafik Klang Selatan di talian 03-33722222 bagi membantu siasatan.

“Orang ramai, khususnya penunggang motosikal, diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya, mengawal kelajuan serta menunggang dengan penuh berhemah.

“Jalan Pelabuhan Barat merupakan laluan utama yang sibuk dengan pergerakan kenderaan perdagangan untuk urusan penghantaran dan pengambilan muatan di kawasan Pelabuhan Barat. Sebarang kecuaian atau tindakan melulu boleh mengundang kemalangan serius termasuk kematian,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN