Tujuh nyaris maut, lori treler rempuh pondok tol, dua kereta

Tujuh nyaris maut, lori treler rempuh pondok tol, dua kereta

Lori rempuh tol
LORI treler merempuh sebuah pondok tol dan dua buah kereta yang nyaris menyebabkan tujuh termasuk seorang penjaga tol nyaris maut dalam kemalangan dekat Plaza Tol Kota Kemuning, Lebuhraya Kesas, di Shah Alam, Selangor, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tujuh individu termasuk seorang penjaga tol nyaris maut apabila sebuah lori treler merempuh sebuah pondok tol dan dua kereta dalam kejadian kemalangan dekat Plaza Tol Kota Kemuning di Lebuhraya Shah Alam (Kesas), di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.17 malam sebelum menggerakan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam ke tempat kejadian.

“Komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan, sebuah treler merempuh pondok tol dan melanggar dua kereta iaitu Perodua Bezza dan Proton Wira.

“Terdapat tujuh orang mangsa termasuk penjaga tol dan semuanya berada dalam keadaan baik,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Katanya, seramai tujuh anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dikerahkan ke tempat kejadian untuk membantu mangsa kemalangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×