Mata masuk serangga, punca kemalangan maut di Latar

Mata masuk serangga, punca kemalangan maut di Latar

Serangga
KEADAAN mayat mangsa yang terperosok di bawah kereta Perodua Kelisa, dekat KM 24 Lebuhraya Latar, di Kuala Selangor, Selangor, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Pemandu Perodua Kelisa mendakwa mengalami gangguan serangga di bahagian mata sebelah kanan menyebabkan kereta dipandunya itu terbabas lalu melanggar sebuah motosikal di Kilometer (KM) 10.6 Lebuhraya Kuala Selangor – Kuala Lumpur (Latar), awal pagi semalam.

Kedua-dua kenderaan dalam perjalanan dari arah Kuala Selangor ke Kuala Lumpur sementara motosikal jenis Honda RS150 itu sedang berada di sebelah kiri sebelum dilanggar.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintandan Azaharudin Tajudin berkata, ketika kejadian, motosikal berkenaan ditunggang lelaki berusia 33 tahun berada di hadapan kereta terbabit.

“Pelanggaran berlaku di lorong kiri disebabkan oleh gangguan serangga di bahagian mata kanan pemandu lelaki yang berusia 20 tahun. Akibat daripada tersebut, penunggang terjatuh dan disahka meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat penunggang motosikal di bawa ke Hospital Tanjong Karang bagi tujuan bedah siasat dan laporannya menunjukkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya kepada pemberita, malam tadi.

Tambahnya, susulan itu polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk tampil menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-32891222.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan penunggang motosikal, Muhammad Tuah Mohd. Tarmizi maut selepas motosikal dinaikinya terperosok di bawah sebuah kereta.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.28 pagi sebelum menggerakkan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN