Tiga remaja maut, kereta dinaiki enam individu terbabas

[Kemas kini] Tiga remaja maut, kereta dinaiki enam individu terbabas

Remaja
PASUKAN bomba mengeluarkan keenam-enam mangsa tersepit dalam sebuah kereta yang terbabas ke dalam parit dekat Jalan Sultan Sulaiman Shah, Banting, di Kuala Langat, Selangor, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Tiga remaja belasan tahun dilapor maut selepas kereta jenis Toyota Corolla yang dinaiki bersama tiga lagi individu lain terbabas ke dalam parit dekat Jalan Sultan Sulaiman Shah, Banting, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa meninggal dunia yang dikenal pasti adalah Muhammad Adib Anuar, 16, dan Hariz Nazri, 19, sementara mangsa ketiga belum diketahui identitinya.

Sementara mangsa yang cedera pula Daniel Iqkwan Jalaluddin, 15, dan Muhammad Danish Farhan Alias, 19, sementara seorang lagi juga belum dikenal pasti identitinya.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.56 pagi dan menggerakkan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting.

“Kereta tersebut terbabas ke dalam parit. Terdapat seramai enam mangsa tersebut di dalam kereta dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa dijalankan oleh pasukan penyelamat.

“Kesemua mangsa enam lelaki dibawa keluar. Mangsa ketiga, keempat dan keenam meninggal dunia. Sementara mangsa pertama mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan, mangsa kedua cedera di kepala dan tangan, mangsa kelima pula cedera di kepala tangan dan kaki,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, bagaimanapun pemandu kenderaan tidak dapat dikenal pasti kerana kesemua mangsa ditemukan dalam keadaan bertindih antara satu sama lain.

Katanya lagi, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Banting untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Langat ketika dihubungi akan memaklumkan perkembangan terkini siasatan polis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×